10:41 AM

久しぶりね。。。。I have return....

Salam, setelah sekian lama tak menulis blog, aku ingin menghidupkan kembali blog aku. Kalau boleh aku nak buat blog setiap hari minggu secara beristiqamah. Aku rasa buat blog ni dpt memperingatkan kita tujuan kita hidup di dunia yang sementara ini. Allah menciptakan manusia drpd setitis air mani yg hina sehingga menjadi segumpal darah. Allah memberi segala keperluan dan menjaga kita dlm rahim ibu kita. 4 bulan kemudian, Allah meniupkan roh dlm diri kita. Selepas 9 bulan 10 hari kita boleh keluar dari rahim dan bermulalah kehidupan kita di dunia yang penuh dgn fitnah.
Kita dilahirkan dalam keadaan tidak berdosa tetapi ada segelintir manusia yg tdk bersyukur dgn apa Allah ciptakan utk mereka. Pada zaman fashat dan munkar(kemunduran umat) ini,kita dengar bnyk kes buang anak di merata tmpt. Bahkan pd zaman ini, manusia lebih jahil drpd arab jahilliah pd sewaktu ketika dahulu. Pada zaman jahilliah dulu, sekurang-kurangnya mereka menanam anak perempuan mereka. Tetapi sekrang buang anak dalam tong sampah, dalam flush, dalam kotak dalam semak.... bukankah itu perbuatan yang berdosa besar? Dahlah berzina, selepas itu membunuh insan. Memang menyusahkan org lain. Wei manusia! Dunia ini bukannya tmpt memuaskan nafsu!!! Memang benar kata Allah, manusia ini memang pelupa. Mereka dijaga oleh Allah dlm rahim ibu sewaktu awal penciptaan dan apabila besar mereka lupa siapa pencipta mereka....Wasalam.

1 comments:

Nizamu said...

boleh tahan bm ko zam.... teruskan!!

Post a Comment